Jangan Santap Nasi Goreng saat Sahur


Siapa tak suka nasi goreng, sajian berasaskan nasi dengan variasi rempah dan isian ini selalu menggoda kala dihidangkan panas-panas. Namun ternyata makanan ini bukan merupakan hidangan yang tepat dimakan sebagai menu sahur, apa sebabnya?

Pakar masakan kenamaan Indonesia, Sisca Soewitomo berkata, ketika menyantap makan sahur sebaiknya elakkan makanan yang mengandungi banyak minyak, salah satunya nasi goreng.

"Nasi goreng mengandung cukup banyak minyak dan termasuk makanan kering jadi sebaiknya jangan jadikan nasi goreng sebagai makanan sahur karena akan membuat cepat haus," kata Sisca kepada Okezone semasa ditemui di Jakarta.

Sisca menambah, berbanding menyantap nasi goreng lebih baik makan nasi berbumbu yang tidak diolah dengan digoreng. "Kalau memang suka nasi berbumbu, boleh pilih nasi liwet atau nasi uduk yang tidak mengandungi minyak yang berlebihan," tambah Sisca.

Jika tetap ingin menyantap nasi goreng semasa bulan Ramadan, maka nasi goreng boleh dimakan selain pada waktu sahur, misalnya saat buka puasa atau ketika menjamu selera makan malam.

0 comments: