Pengebumian 21 jenazah mangsa pemerdagangan manusia bermula pagi tadi di Tanah Perkuburan Islam Kampung Tualang, Pokok Sena dekat sini.
Jenazah pendatang Rohingya dari Myanmar yang ditemui di Kem Tahanan Bukit Wang Burma, Wang Kelian, Perlis itu dikebumikan dalam satu liang lahad, bermula jam 10 pagi tadi.
Upacara pengebumian diuruskan Jabatan Agama Islam Negeri Kedah (JAIK) dan semua kos ditanggung Majlis Keselamatan Negara (MKN).
Baki 85 jenazah lagi akan dikebumikan secara berperingkat selepas proses bedah siasat di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) selesai. (astroawani.com)
